Fungsi account manager

Framework dan strategi untuk peningkatan sales 3x ganda dalam masa 6 bulan

Merujuk kepada gambarajah diatas, saya cuba terangkan secara terperinci:

  1. Business Deep Dive - Account Manager mengumpul data/maklumat tentang bisnes . Proses ini amat penting untuk Pihak Account Manager tahu secara terperinci dan dapat menyusun strategi pemasaran dengan lebih berkesan.

  2. Data Migration - Account Manager akan memindahkan Data ke dalam website Lokein.STORE supaya boleh retargeting menggunakan Marketing tool(Ala

  3. Process Optimization - Account Manager akan setup system dan proses melibatkan interaksi antara pelanggan dan bisnes, seperti booking system yang lebih teratur dan sistematik berbanding cara sedia ada yang mengamalkan secara manual melalui WhatsApp.

  4. Campaign Ideation - Account Manager akan mencadangkan beberapa idea kempen pemasaran. Proses disini amat bergantung kepada data/maklumat yang diterima dari pihak Vendor untuk memastikan idea kempen adalah berkesan

  5. Monthly Execution - Setelah selesai keempat-empat proses diatas, aktiviti kempen akan bermula (masa diperlukan sebelum kempen bermula adalah sekurang-kurangnya 2-3 minggu bergantung kepada komitmen dan kerjasama pihak pemilik bisnes memberi data/maklumat kepada Account Manager

Gambarajah diatas mewakili aktiviti bulanan yang kami akan sediakan. Butiran terperinci seperti dibawah:

  1. Engagement Optimization - Dengan adanya WhatsApp Auto Chatbot, interaksi bersama pelanggan yang bertanya tentang servis/produk ditawarkan akan lebih efisyen dan cepat untuk close sales/booking.

  2. Marketing Optimization - Proses disini adalah bertujuan untuk mengumpul prospek yang berkualiti yang akan menjadi pelanggan .

  3. Conversion Optimization - Proses disini adalah untuk mengubah cara pelanggan membuat tempahan dari cara manual melalui WhatsApp kepada system booking & appointment yang lebih automatik.

  4. New Sales Campaign - Proses disini adalah dimana kempen tawaran dijalankan seperti menawarkan pakej kombo atau pakej harga istimewa untuk menarik minat pelanggan. Objektif disini adalah untuk mendapatkan peningkatan jualan 2x ganda berbanding kempen yang biasa dilakukan. Namun, data/maklumat terperinci tentang servis yang ditawarkan adalah amat penting demi memastikan keberkesanan kempen

  5. Hybrid Retention Campaign - Proses disini adalah fokus kepada pelanggan sedia ada dan menawarkan mereka promo atau insentif/bonus jika mereka dapat membawa atau merujuk kepada rakan-rakan untuk mengambil servis.

Last updated