Total Order Coupon
Digunakan untuk keseluruhan order dengan pembelian minimum jumlah amaun yang ditetapkan oleh penjual sahaja.
Kupon ini sesuai digunakan untuk kebanyakan situasi termasuk untuk pembelian daripada agen/stokis yang menggunakan konsep minimum product purchase, tetapi ingin membeli stok secara campuran produk. Sebagai contoh : -
Situasi 1
Seorang pelanggan mahu membeli campuran order untuk beberapa jenis produk. Untuk mendapatkan diskaun untuk pembelian lebih daripada satu barang, pelanggan perlu membeli minimum jumlah order belian minimum RM 50. Dengan ini, pelanggan boleh mendapat diskaun 10% daripada jumlah total pembelian.
Harga total barangan yang dipilih oleh pelanggan dalam cart berjumlah RM 89.
Harga untuk minimum pembelian barangan = RM 50
Diskaun 10% untuk jumlah keseluruhan cart RM 89 = RM 8.90
Jumlah perlu dibayar selepas menggunakan kod kupon = RM 89 - RM8.90 = RM 80.10
Diskaun ini tidak dapat dipakai sekiranya pelanggan membeli kurang daripada jumlah minimum RM50 yang telah ditetapkan.
Situasi 2
Seorang stokis perlu membeli minimum jumlah restok bernilai RM 1,000 setiap kali restok, stokis tersebut boleh mendapat diskaun 20% daripada jumlah keseluruhan barang yang dibeli.
Harga total barangan yang dipilih oleh pelanggan dalam cart berjumlah RM 5,490.
Harga keseluruhan order dalam cart untuk minimum amaun RM 1,000
Diskaun 20% untuk total cart bernilai RM 5,490 = RM 1,098
Jumlah perlu dibayar selepas menggunakan kod kupon = RM 5,490 - RM1,098 = RM 4,392.
Diskaun ini tidak dapat dipakai sekiranya agen membeli kurang daripada minimum kuantiti yang telah ditetapkan.
Sebagai peringatan, anda seharusnya sudah bersedia dengan plan pemasaran jualan anda sebelum memulakan proses menyediakan kupon.
Sila sediakan maklumat di bawah sebelum mengikuti langkah seterusnya.
INFO
Coupon Code : nama kupon untuk diberikan kepada pelanggan. Disarankan untuk menggunakan campuran huruf dan angka seperti Birthday50
Minimum Shopping : jumlah minima pembelian yang ingin ditetapkan oleh penjual dalam pembelian menggunakan kupon ini
Discount : jumlah diskaun yang diberikan untuk keseluruhan cart dalam bentuk jumlah RM atau persen
Maximum Discount Amount : jumlah maxima diskaun yang diberikan untuk keseluruhan pembelian produk dalam bentuk jumlah RM (jika perlu)
Maximum Usage Limit : bilangan had kupon yang sama boleh dipakai oleh pengguna
Date : tarikh durasi kupon boleh dipakai oleh pelanggan
Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Langkah 1️:
Sila ikuti langkah di bawah untuk melihat senarai subscriber dalam website anda.
Dashboard > Marketing
> Coupon > Add New Coupon > For Total Order >
Isi Maklumat Kupon > Save
Dalam paparan menu Dashboard, klik pada sub-menu Marketing dan Coupon. Kemudian, klik pada Add New Coupon.
Langkah 2 :
Paparan di bawah akan muncul.
Klik pada butang anak panah ke bawah untuk memilih Coupon Type. Pilih For Total Order.
Langkah 3 :
Setelah muncul paparan di bawah, isikan maklumat kupon yang telah anda sediakan di awal tadi. Kemudian, klik Save.
Setelah maklumat disimpan, paparan kupon tersebut akan kelihatan dalam senarai kupon yang telah dicipta seperti di bawah. Anda boleh memulakan proses pemasaran kod kupon yang dicipta tadi : contoh Malaysia20.
Tamat proses untuk mencipta kod kupon untuk total keseluruhan order dalam website perniagaan anda. Sila teruskan ke bahagian seterusnya dengan menekan butang Next di bawah.
Last updated