Sales Page
Last updated
Was this helpful?
Last updated
Was this helpful?
Secara asasnya, Sells Page bertindak untuk menjadikan jualan sebagai hasil di akhir perjalanan prospek atau pelanggan. Maka, terdapat ruangan pembayaran atau membawa prospek atau pelanggan ke bahagian pembelian.
Konsep ini mengambil sebuah sistem Online to Offline(O2O) atau Offline to Online, bermaksud jika anda ada kedai secara offline, anda juga boleh menggunakan sistem sells page ini untuk pembayaran dan dalam masa yang sama anda dalam mengumpul data pelanggan anda untuk digunakan pada masa akan datang.
Walk-in Customer form khas untuk pelanggan yang datang ke kedai anda tetapi ingin melakukan pembayaran secara online kerana ketiadaan wang tunai ketika transaksi pembelian.
Pembayaran cashless ketika karnival atau ketika pembukaan booth di mana pelanggan tidak mahu berpatah balik untuk mendapatkan wang yang mencukupi.
Sila sediakan maklumat di bawah sebelum mengikuti langkah seterusnya.
Name : NAMA atau Tajuk bagi form anda
Image: GAMBAR untuk dipaparkan di kod QR
Slug: link URL untuk form anda. Contoh : namakedai.lokein.store/category/(slug)
Description: PENERANGAN tentang form untuk memudahkan pengurusan
Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Sila ikuti langkah di bawah untuk menambah jenis custom payment form dalam website anda.
Dashboard
> Landing Page
> Page List
> Add New Page > Sales Page > Isi maklumat > Save
Dalam paparan menu Dashboard, klik pada sub-menu Landing Page dan Add New Page.
Seterusnya, paparan di bawah akan muncul. Isikan maklumat seperti yang telah anda sediakan di awal tadi dan klik Save.
Untuk bahagian seterusnya, sila klik untuk enable cuma bahagian yang berkaitan sahaja :
Enable COD Payment : sekiranya anda ingin membenarkan bayaran secara tunai semasa penghantaran barang pembelian
Enable Product : sekiranya anda ingin membenarkan pemilihan produk ketika pengisian borang bayaran oleh pelanggan
Fix Amount : sekiranya anda ingin menetapkan jumlah amaun pembayaran, tanpa sebarang perubahan harga ketika pengisian borang bayaran oleh pelanggan. Sila isikan jumlah berkenaan dalam bahagian bawah Fixed Amount.
Untuk bahagian terakhir di sebelah kanan borang bayaran, anda boleh menambah maklumat lain sekiranya perlu daripada pelanggan.
Sebagai penetapan default, maklumat alamat dan Remark telah ditambah. Untuk tambahan maklumat, anda boleh memilih jenis input yang diperlukan daripada jenis di bawah.
Text : pengguna akan mengisi input dalam bentuk ringkas
Select : Pengguna akan memilih salah satu daripada pilihan menu dropdown
Multiple Select : Pengguna boleh memilih lebih daripada satu pilihan jawapan (contoh pilihan warna)
Radio : Pengguna boleh memilih salah satu pilihan
Selepas klik Save, paparan di bahagian senarai custom payment form yang telah dibina akan kelihatan.
Anda boleh melihat hasil yang telah disimpan dengan mengikuti langkah di bawah.
View / Download
> Copy
Klik pada butang View/Download di senarai form.
Apabila paparan di bawah muncul,
klik pada butang Download berwarna kuning untuk memuat turun QR code dalam bentuk gambar. Anda boleh print dan letakkan QR code ini di kedai anda untuk walk-in customer.
klik pada butang Copy, untuk menyimpan alamat URL dan Paste di tempat lain. Contoh mudah, anda boleh menggunakan link URL QR dan kongsi kepada pelanggan untuk penggunaan.
Paparan di bawah merupakan contoh view pelanggan apabila mereka scan QR code atau membuka link URL yang diberikan tadi. Pelanggan boleh mengisi maklumat berkaitan dan mengisi kod kupon (jika ada) dan terus membuat pembayaran dengan menekan butang Pay Now.
Tamat proses untuk menetapkan Sales Page atau custom form payment melalui website perniagaan anda. Sila teruskan ke bahagian seterusnya dengan menekan butang Next di bawah.