Product setup

Bahagian penetapan produk merupakan tempat simpanan semua listing produk anda

Anda disarankan untuk menyediakan maklumat produk anda terlebih dahulu untuk memudahkan proses ini.

Product Name: NAMA PRODUK anda

Category: KATEGORI produk anda (anda boleh memilih daripada dropdown menu apabila anda telah mengisi kategori terlebih dahulu di bahagian Category)

Brand: JENAMA produk anda (anda boleh memilih daripada dropdown menu apabila anda telah megisi terlebih dahulu di bahagian Brand)

Unit: KUANTITI produk

Minimum Qty: MINIMUM KUANTITI yang boleh order

TAGS: TAG untuk memudahkan carian pelanggan

Barcode: KOD BAR produk (jika ada)

Product Image: GAMBAR produk

thumbnail Image : GAMBAR utama product

Attributes: VARIASI produk : contoh (size - S, L, M)

Unit Price: HARGA PER UNIT

Discount: DISKAUN (Flat=potongan harga dalam ringgit RM | Percent=potongan harga dalam percent %)

Quantity: KUANTITI stok produk anda

Product Description: PENERANGAN tentang produk anda

Shipping Configuration: kos ikut PENGHANTARAN

Estimate Shipping Time: MASA perlukan bagi setiap penghantaran

Sebagai peringatan, sebelum menambah produk anda perlu menambah bahagian Category bagi produk Physical.

Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.

Langkah 1️:

Sila ikuti langkah di bawah untuk menambah jenama dalam website anda.

Dashboard > Product > Add New Product> Isi maklumat produk > Save

Dalam paparan menu Dashboard, klik pada sub-menu Product. Seterusnya, sila klik bahagian Add New Product.

2 jenis butang akan muncul untuk jenis produk iaitu : Normal type dan Booking type.

For Normal : Listing produk tanpa sebarang sekatan. Sesuai untuk barang seperti buku, baju, makanan dan sebagainya.

For Booking : Listing produk yang memerlukan sistem tempahan/slot seperti servis pembaikan di mana pelanggan boleh memilih tarikh dan masa yang ada sebelum membuat pembayaran, tanpa perlu menghubungi kedai.

Langkah 2️:

Paparan di bawah akan muncul. Sila isi maklumat produk anda dan klik Save Product setelah selesai.

Mulakan pengisian maklimat di bahagian Tab : General.

  • For Normal Type

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk memahami cara pengisian bahagian tertentu, anda boleh merujuk kepada Vendor Support untuk penjelasan

Tab Others : Hanya perlu diisi sekiranya anda mahu menarik audien ke tempat lain, sebagai contoh ke bahagian promosi page di Facebook tertentu. Walaubagaimanapun, tidak disarankan untuk menarik audien ke tempat lain untuk mengurangkan Abandon Rate atau pelanggan menukar fikiran untuk tidak meneruskan pembelian online. Anda boleh letak sebanyak dua link dalam ruangan tersebut.

Langkah 3 :

Ulang langkah 1 & 2 sehingga selesai memuat naik semua produk anda. Seterusnya, paparan Dashboard Produk akan kelihatan seperti di bawah.

Anda perlu menekan butang pada bahagian Published untuk memaparkan produk anda di website.

Butang Featured pula akan menjadikan produk tersebut muncul di bahagian khas atas produk listing anda.

Tamat proses untuk menambah produk untuk website perniagaan anda. Sila teruskan ke bahagian seterusnya dengan menekan butang Next di bawah.

Last updated