Multishop (Tambahan)

Bahagian Multishop adalah bahagian di mana anda boleh menguruskan beberapa cabang bisnes/cawangan anda dalam satu dashboard.

💡Multishop boleh digunakan untuk user yang ada business lain ataupun terdapat lebih daripada 1 cawangan.

Untuk melakukan penambahan kedai (additional shop) untuk cawangan atau cabang bisnes lain, sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.

Langkah 1️:

Setting > Shop > Shop > Add New Shop > isi maklumat kedai baru yang ingin ditambah > Save Changes

Klik pada menu Setting dan sub-menu Shops. Kemudian, klik pada tab Shops seperti urutan di bawah.

Klik pada butang Add New Shop untuk menambah maklumat perniagaan baru yang ingin ditambah.

Kedai anda yang asal akan dilabel sebagai Primary menandakan perniagaan utama anda

Langkah 2️:

Seterusnya, paparan baru akan muncul bersama 3 tab baru : General, Working Hours dan Delivery/Pick up.

Isi maklumat tentang shop baru anda di bahagian tab General dan klik pada Save changes untuk menyimpan maklumat.

💡INFO💡

Logo: GAMBAR/LOGO syarikat anda untuk papar di bahagian atas website

Company Name: NAMA SYARIKAT anda

Email: EMEL

Phone Number: NOMBOR TELEFON

WhatsApp Number: NOMBOR TELEFON yang guna untuk WhatsApp

Address: ALAMAT

Postal Code: POSKOD

Location: LOKASI

City: BANDARAYA

State: NEGERI

Staff: pilih staff bagi monitor kedai baharu anda

Product: pilih produk yang akan menjual di kedai baharu anda

Contoh paparan tab General untuk mengisi maklumat kedai baru

Langkah 3️:

Isi maklumat tentang waktu perniagaan anda di bahagian tab Working Hours dan klik pada Save changes untuk menyimpan maklumat.

Working Hours > sila pilih masa perniagaan anda > Save changes.

💡INFO💡

Working Hours: MASA BEKERJA bagi perniagaan anda

Langkah 4️:

Isi maklumat tentang penghantaran produk jualan anda di bahagian tab Delivery/Pickup dan klik pada Save changes untuk menyimpan maklumat.

Delivery/Pickup> sila pilih yang berkaitan > Save changes

Last updated

Was this helpful?