SMS Blast
Sampaikan maklumat melalui sistem pesanan ringkas
Last updated
Sampaikan maklumat melalui sistem pesanan ringkas
Last updated
Mesej dari SMS marketing akan terus sampai ke telefon bimbit prospek anda tanpa perlu menggunakan sosial media. Kaedah ini sesuai digunakan sekiranya anda tidak mempunya emel pelanggan anda, atau daripada data pelanggan lama yang memberi secara order telefon/whatsapp.
Meskipun kaedah ini membabitkan kos untuk menghantar SMS, namun, prospek anda merupakan pelanggan yang pernah membeli dengan anda, maka, potensi untuk membeli lebih tinggi berbanding audien sosial media yang belum tentu merupakan target pelanggan anda.
Sebagai peringatan, anda seharusnya sudah bersedia dengan plan pemasaran jualan anda sebelum memulakan proses menyediakan kupon.
Sila sediakan maklumat di bawah sebelum mengikuti langkah seterusnya.
Mobile Pelanggan/Prospek : cuma customer yang mempunyai data nombor telefon SAHAJA
SMS Content : Kandungan SMS yang ingin dihantar dalam 160 huruf dan digit sahaja.
Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Sila ikuti langkah di bawah untuk melihat senarai subscriber dalam website anda.
Dashboard > Marketing
> Bulk SMS > Blast SMS >
Isi Maklumat> Send
Dalam paparan menu Dashboard, klik pada sub-menu Marketing dan Bulk SMS. Kemudian, klik pada Blast SMS.
Kemudian paparan di bawah akan muncul. Klik pada anak panah untuk memilih maklumat nombor telefon penerima. Seterusnya, isi kandungan SMS yang telah disediakan di awal tadi. Anda juga boleh tetapkan tarikh dan masa untuk hantar mesej tersebut dan klik send.
Tamat proses untuk menghantar bulk SMS marketing melalui website perniagaan anda. Sila teruskan ke bahagian seterusnya dengan menekan butang Next di bawah.