Kategori
Kategori adalah kumpulan produk yang mempunyai persamaan dari segi bahan/penggunaan dan sebagainya.
Last updated
Kategori adalah kumpulan produk yang mempunyai persamaan dari segi bahan/penggunaan dan sebagainya.
Last updated
Categories digunakan untuk mengasingkan produk anda mengikut jenis masing - masing.
Contohnya: Dalam website anda, anda menjual makanan dan juga pakaian. Jadi anda boleh mengadakan 2 jenis kategori berasingan untuk produk makanan dan pakaian.
Sila sediakan maklumat di bawah sebelum mengikuti langkah seterusnya.
Name: NAMA bagi kategori anda
Parent category: KATEGORI UTAMA untuk KATEGORI anda. Anda perlu create terlebih dahulu parent category.
Tags: TAG untuk memudahkan pelanggan membuat carian
Type: JENIS KATEGORI
Banner: BANNER bagi kategori anda (size 200pixel x 200pixel)
Icon: GAMBAR IKON (size 32pixel x 32pixel)
Slug: link URL untuk kategori anda. Contoh : namakedai.lokein.store/category/(slug)
Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran. https://youtu.be/ZCwhQkPGLI0
Anda disarankan supaya membuat Product Category Mapping sebelum memulakan langkah di bawah untuk memudahkan pembahagian kategori produk anda. Contoh seperti berikut.
Parent Category : Pakaian Wanita/Women's Clothing
Category : Jenis - jenis pemakaian yang berada dalam kategori pakaian wanita, sebagai contoh, seluar, baju, skirt, jeans,dan sebagainya.
Produk : Setiap barang yang anda jual boleh disimpan sebagai produk dan dikelaskan berdasarkan parent category dan category berkaitan. Contoh: Produk blouse lengan panjang jenama Siti, akan berada dalam Category baju/tops, yang akan ditempatkan di bawah Parent Category : Pakaian Wanita.
Dashboard
> Categories
> Add New Category >
Isi maklumat tentang kategori produk anda > Save
Dalam paparan menu Dashboard, klik pada sub-menu Category. Paparan di bawah akan muncul. Seterusnya, klik pada butang Add New Category.
Apabila paparan seterusnya muncul seperti di bawah, isikan maklumat yang telah disediakan di awal tadi. Kemudian, klik butang Save untuk menyimpan maklumat kategori.
Untuk mencipta Parent Category, tinggalkan bahagian Parent Category kosong. Anda perlu mencipta Parent Category sehingga selesai terlebih dahulu sebelum meneruskan ke bahagian Category.
Untuk mencipta Category di bawah Parent Category, anda cuma perlu mengisi bahagian Parent Category ketika mencipta Category yang baru dengan memilih daripada senarai sedia ada.
Setelah selesai mengisi dan menyimpan semua Parent Category dan Category, paparan seperti di bawah akan kelihatan pada Dashboard anda.
Untuk pemahaman anda, apabila bahagian Parent Category di sebelah nama Category itu berisi tanda dash '-', bermakna, ini adalah Parent Category. Sebagai contoh, Mens' Top dalam gambar di atas adalah Parent Category yang pertama.
Untuk bahagian bawah, di nombor 2, t-shirt mempunyai nama Men's Top di sebelahnya, bermakna, Category T-shirt ini berada di bawah Parent Category Men's Top. Rujuk kembali rajah di bawah untuk kepastian.
Tamat proses untuk melengkapkan bahagian Category untuk listing produk dalam website perniagaan anda. Sila teruskan ke bahagian seterusnya dengan menekan butang Next di bawah.