Landing Page
Landing page bertindak sebagai satu muka dalam website perniagaan yang bertindak untuk mengumpul data pelanggan atau prospek.
Kebiasaannya, sebarang iklan/email pemasaran atas talian atau media sosial akan membawa kepada landing page ini, dengan tujuan untuk mendapatkan data atau menukar prospek terus kepada pelanggan dengan jualan.
Justeru, terdapat 2 jenis landing page dalam platform Lokein.Store di mana :
Sells Page : bertindak untuk menjadikan jualan sebagai hasil di akhir perjalanan prospek atau pelanggan. Maka, terdapat ruangan pembayaran atau membawa prospek atau pelanggan ke bahagian pembelian.
Subscriber Page : bertindak untuk mengumpul data (leads), di mana prospek dikehendaki untuk mengisi maklumat masing-masing seperti nama, email & nombor telefon secara default tanpa sebarang jualan. Walaubagaimanapun, peniaga biasanya menjadikan baucar sebagai penarik untuk prospek meninggalkan data mereka.
Sila sediakan maklumat di bawah sebelum mengikuti langkah seterusnya.
Name : NAMA atau Tajuk bagi page anda
Image: GAMBAR untuk dipaparkan di bahagian banner
Slug: link URL untuk form anda. Contoh : namakedai.lokein.store/category/(slug)
Description: PENERANGAN tentang form untuk memudahkan pelanggan memahami tujuan aklumat peribadi mereka dikutip.
Tamat proses untuk menetapkan custom form payment melalui website perniagaan anda. Sila teruskan ke bahagian seterusnya dengan menekan butang Next di bawah.
Last updated