Product Bulk Upload

Product bulk upload boleh dilakukan untuk memudahkan anda kemasukan produk secara pukal untuk satu masa

Untuk memuat naik produk secara pukal, anda perlu menggunakan fail yang bersesuaian dengan website. Jadi, anda perlu memuat turun contoh fail CSV dan mengisi info produk anda ke dalam fail tersebut.

Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.

Langkah 1 :

Sila ikuti langkah di bawah untuk memuat turun contoh fail CSV.

Dashboard > Product Bulk Upload > Download CSV> Isi maklumat produk di fail CSV yang telah dimuat turun > Upload fail CSV

Dalam paparan menu Dashboard, klik pada sub-menu Product Bulk Upload.

Seterusnya, sila klik butang Download CSV.

Contoh fail CSV yang telah dimuat turun

Langkah 2 :

Seterusnya, anda perlu memuat turun fail category dan brand terlebih dahulu. Ini perlu kerana anda perlu menggunakan brand ID dan category anda ke dalam contoh fail CSV yang sudah anda muat turun di langkah 1.

Klik pada butang Download Category dan Download Brand.

Contoh nama Category dan ID
Contoh nama Brand dan ID

Langkah 3 :

Klik Enable Editing pada bahagian atas fail CSV tersebut dan dan masukkan maklumat produk anda mengikut bahagian yang ditetapkan.

  • Nama

  • Category_id

  • Brand_id

  • Video_provider

  • Video_link

  • Unit_price

  • Purchase_price

  • Unit

  • Slug

  • Current_stock

  • Meta_description

  • Thumbnail

Langkah 4 :

Setelah selesai memasukkan semua maklumat produk anda ke dalam fail CSV, anda perlu memuat naik dengan menekan butang Choose File. Pilih fail yang telah anda edit untuk dimuat naik dan klik Upload CSV.

Last updated

Was this helpful?