Roles

Mengasingkan tugas dan tanggungjawab staff anda dengan memberi Role yang berbeza mengikut keperluan sahaja

Urus organisasi anda melalui sistem pembahagian tugas dan akses mengikut keperluan. Sistem ini juga penting untuk memantau tugas mereka dengan lebih berkesan. Senaraikan semua Role yang perlu dahulu.

Contoh :

  • Owner : Pemilik website/bisnes/kedai

  • Marketing

  • Sales

  • Admin

  • Delivery boy

Had untuk akses boleh dihadkan dengan setiap role untuk mengelakkan sebarang kesilapan teknikal oleh pekerja semasa operasi, sekaligus menyebabkan 'system breakdown'.

Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.

Langkah 1️:

Mulakan dengan mengikut turutan di bawah untuk penetapan Role.

Setting > Roles > Add New Role > Tetapkan kebenaran peranan > Save

Langkah 2️:

Paparan di bawah akan muncul.

Isi nama Role yang anda ingin cipta > pilih akses yang dibenarkan bagi Role berkenaan > Save

Selepas klik Save, paparan akan menunjukkan semua role yang telah anda cipta dan sedia untuk dipilih semasa mencipta akses Staff.

Last updated

Was this helpful?