Subscribers
Dapatkan prospek dan jana LEADS baru melalui subscribers
Last updated
Dapatkan prospek dan jana LEADS baru melalui subscribers
Last updated
Pelanggan yang pernah membeli di website anda akan muncul dalam bahagian Customer.
Manakala, prospek atau new leads merupakan pelawat kepada website anda yang memberikan alamat emel mereka untuk subscribe kepada newsletter website anda. Kelebihannya merupakan informasi mengenai perniagaan anda melalui newsletter tanpa perlu membuka website atau sosial media anda dengan kerap.
Pelawat website anda akan dipaparkan dengan pilihan untuk memberi alamat emel mereka untuk menjadi subscriber pada kali pertama mereka membuka website. Sekiranya mereka menekan butang X pada ketika ini, paparan subscriber tidak akan keluar lagi sekiranya mereka melawat website anda pada waktu lain.
Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Sila ikuti langkah di bawah untuk melihat senarai subscriber dalam website anda.
Dashboard > Marketing
> Subscriber
Dalam paparan menu Dashboard, klik pada sub-menu Marketing dan Subscribers.
Anda boleh menambah data pelanggan anda sendiri yang telah dikumpul sebelum ini, ke bahagian subscribers ini dengan menekan butang Add Bulk Subscriber.
Paparan di bawah akan muncul untuk anda memuat naik fail data customer anda. Pilih fail berkenaan dengan menekan butang Choose file dan seterusnya tekan butang Upload CSV.
Sekiranya data berjaya dimuat naik, notifikasi di bawah akan muncul sebentar di bahagian atas kanan paparan website.
PERINGATAN!
Anda perlu menyediakan fail untuk dimuat naik dalam bentuk CSV dengan data berisi nama dan email SAHAJA beserta header. Lihat contoh di bawah.
Tamat proses untuk melihat dan menambah subscriber dalam website perniagaan anda. Sila teruskan ke bahagian seterusnya dengan menekan butang Next di bawah.