Affiliate User View
Last updated
Last updated
Affiliate User View adalah laman untuk pengguna affiliate menguruskan akaun affiliate mereka.
Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Profile info>Account Menu>Affiliate System
Dalam paparan Profile info, klik pada butang Account Menu dan klik pada Affiliate System. Ini akan membawa ke bahagian aktiviti pengguna aktiviti affiliate dan sejarah pendapatan mereka sebagai affiliate kepada sesebuah vendor.
Dalam laman ini, pengguna affiliate boleh kongsi referral link mereka dengan orang lain dengan klik pada 'Copy URL'. Selain itu, pengguna affiliate juga boleh nampak stats aktiviti website tersebut melalui pengguna affiliate. Manakala di bahagian bawah laman ini, pengguna affiliate boleh lihat hasil jualan yang telah dilakukan oleh mereka sepanjang menjadi affiliate kepada sesebuah vendor.
Jika pengguna affiliate klik pada 'Configure Payout', mereka boleh masukkan nama bank, nama akaun dan nombor akaun bank yang mereka mahu pendapatan mereka dimasukkan. Klik pada 'Update Payment Settings' untuk simpan maklumat tersebut.
Account Menu>Payment History
Di bawah Affiliate juga, pengguna affiliate boleh klik pada 'Payment History' untuk lihat rekod pendapatan mereka sebagai pengguna affiliate.
Account Menu>Withdraw request history
Pengguna affiliate boleh juga klik pada 'Withdraw request history' untuk melihat rekod permohonan pengeluaran duit daripada akaun pengguna affiliate. Pengguna affiliate juga boleh nampak status permohonan tersebut. Jika status permohonan komisen itu 'Approved', maknanya pihak pengurusan telah luluskan permohonan tersebut dan duit itu secara automatik akan masuk ke bank pengguna affiliate.
Untuk minta permohonan komisen, pengguna affiliate perlu klik pada 'Affiliate Withdraw Request'. Selepas itu popup window akan muncul dan pengguna affiliate perlu masukkan amaun dan klik pada butang 'Confirm'. Walaubagaimanapun, pengguna affiliate hanya boleh masukkan amaun yang ada dalam 'Affiliate Balance'.
Jika pengguna affiliate mahu mempromosikan barang-barang tertentu, mereka perlu pergi ke halaman utama. Mereka boleh pilih apa-apa produk yang ada dalam website tersebut dan klik pada salah satu produk tersebut.
Selepas klik pada salah satu produk, pengguna affiliate hanya perlu klik pada 'Copy the Promote Link' untuk kongsi referral link untuk produk tersebut kepada orang lain.