Uploaded Files
Files yang perlu dimuat naik (upload) dalam bahagian ni cuma merupakan gambar yang perlu diguna pakai dalam penetapan kedai online, produk dan sebarang promosi atau kandungan website.
Last updated
Files yang perlu dimuat naik (upload) dalam bahagian ni cuma merupakan gambar yang perlu diguna pakai dalam penetapan kedai online, produk dan sebarang promosi atau kandungan website.
Last updated
Untuk memudahkan sebarang kerja penetapan dan maintenance berterusan website, anda dinasihatkan untuk memuat naik semua gambar terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang langkah seterusnya.
Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Sila sediakan semua gambar dalam satu folder sebelum ke langkah seterusnya.
Sila klik mengikut turutan di bawah untuk mengisi maklumat syarikat.
Dashboard
> Uploaded Files
> Upload New File
> pilih gambar > Save Changes
Apabila paparan All Files muncul, klik pada butang Upload New File di bahagian atas kanan.
Apabila paparan baru muncul, anda akan melihat ruangan utk Drag & drop your files. Anda boleh drag masuk file gambar ke dalam ruangan ini, atau klik pada perkataan Browse.
Seterusnya, tetingkap baru akan keluar di mana anda boleh memilih folder yang mempunyai gambar yang perlu dimuat naik. Pilih semua gambar berkaitan untuk dimuat naik dan klik Open.
Apabila muat naik telah selesai, anda akan dapat melihat tanda hijau pada gambar, klik pada butang DONE di bahagian bawah kanan ruangan.
Tindakan ini akan membawa anda balik ke ruangan Drang & drop your files yang kosong menandakan proses muat naik telah lengkap.
Untuk melihat kembali gambar yang anda telah muat naik, anda perlu klik semula di butang Uploaded Files di Dashboard Menu sebelah kiri.
Tamat proses untuk memuat naik gambar. Sila teruskan ke bahagian seterusnya dengan menekan butang Next di bawah.