Add-On Package
Add-On Package merupakan penambahan penggunaan extra selain daripada yang telah diberikan dalam pakej asal anda secara default.
Last updated
Add-On Package merupakan penambahan penggunaan extra selain daripada yang telah diberikan dalam pakej asal anda secara default.
Last updated
Anda boleh tambah nilai kedai online anda jika perlukan akses extra untuk staff, topup utk pemasaran SMS dan extra affiliate user. Di bahagian menu Staff, Shop dan Affiliate user ada diberitahu berapa kuantiti yang anda akan dapat secara default. Sebagai contoh, plan bisnes akan memberikan anda 5 akses affiliate user.
Sekiranya anda memerlukan lebih, anda perlu menambah dalam Add-On Package di bawah.
Di bawah adalah detail kos untuk Add-On Package
Staff - RM0.30/sehari untuk 1 orang
Shop - RM3.30/sehari untuk 1 kedai
Affiliate User - RM1.80/sehari untuk 5 orang
Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Sebelum menambah pakej, anda perlu menambah nilai kredit terlebih dahulu. Kredit tersebut boleh gunakan untuk add on package dan marketing tool.
Sila ikuti langkah di bawah untuk menambah kredit di website anda.
Dashboard
> Payment
> Topup Credit
> Pay
Dalam paparan Seler Dashboard, klik pada Menu Dashboard, kemudian sub-menu Payment. Ini akan membawa terus ke senarai domain seperti di bawah:
Klik pada butang '+ Top-up Credit' dan paparan di bawah akan muncul.
Pilih amaun yang anda ingin tambah. Sekiranya ingin menambah nilai selain daripada pilihan di atas, klik pada pilihan Other dan isikan amaun yang diingini di bahagian Amount. Kemudian, klik Pay.
Paparan untuk pembayaran akan muncul. Sila teruskan dengan proses pembayaran, dan nilai amaun yang baru akan terpapar di bahagian Seller Credit.
Seterusnya, anda boleh menambah pakej yang diperlukan dengan mengikuti langkah di bawah.
Tab : Package Add-On
> Subscribe
Di bahagian atas tab, klik pada tab Package Add-Ons dan klik pada Subscribe di bahagian pakej yang diperlukan.
Apabila paparan di bawah muncul, isikan add-on yang diperlukan sama ada penambahan akses Staff, penambahan shop (multishop) atau penambahan affiliate user. Kemudian klik Confirm.
Selepas berjaya, notifikasi akan terpapar di penjuru kanan atas. Dan paparan di bawah akan muncul.
Tamat proses untuk penambahan akses dalam website perniagaan anda. Sila teruskan ke bahagian seterusnya dengan menekan butang Next di bawah.