Order Pelanggan
Data transaksi dan jualan yang berlaku secara online
Last updated
Data transaksi dan jualan yang berlaku secara online
Last updated
Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Sila ikuti langkah di bawah untuk melihat semua transaksi jualan secara online dan maklumat berkaitan dalam website anda.
Dashboard
> Orders
Dalam paparan menu Dashboard, klik pada sub-menu Orders. Ini akan membawa terus ke senarai order yang masuk/berlaku secara online dalam website perniagaan anda.
Sekiranya perlu, anda boleh melihat butir perincian order dengan menekan nombor Order Code yang berwarna kuning. Ini akan membawa anda kepada maklumat terperinci setiap order seperti butiran pelanggan termasuk barang yang dibeli dan harga.
Contoh paparan butiran terperinci order pelanggan.
Di bahagian butiran order, anda sebagai penjual dan pengurus website perlu melakukan update untuk status pembayaran (payment status) dan status penghantaran (delivery status). Sekiranya tidak, sistem tidak dapat memberikan status update kepada pelanggan dan order akan kekal payment status sebagai unpaid dan delivery status sebagai pending.
Merujuk kepada gambarajah di atas, untuk Payment Status, anda boleh mengubah Status daripada Unpaid kepada Paid.
Untuk Delivery Status, terdapat beberapa status yang anda boleh pilih :
Pending
Confirmed
On Delivery
Delivered
Setiap kali perubahan status ini dibuat, pelanggan anda akan menerima emel dan SMS untuk memberitahu status order mereka.
Seterusnya, kembali ke bahagian order, anda boleh melihat beberapa ikon di bahagian kanan hujung order anda.
Ikon mata : Butiran Order (membawa anda ke bahagian butiran perincian order seperti anda klik pada nombor order tadi)
Ikon awan : Invoice Order. Anda boleh memuat turun order dalam bentuk invoice sekiranya perlu.
Ikon tong sampah : untuk delete order (jika perlu)
Contoh Invoice yang dimuat turun seperti di bawah
Tamat proses untuk pengurusan order dalam website perniagaan anda. Sila teruskan ke bahagian seterusnya dengan menekan butang Next di bawah.