Flash Deals

Teknik menarik pelanggan melalui kempen jualan murah. Boleh digunakan untuk promosi perayaan, jualan mengejut, atau jualan akhir tahun.

Sila sediakan maklumat di bawah sebelum mengikuti langkah seterusnya.

Title: Tajuk flash deal anda

Background colour : Warna latar belakang atau tema

Text color: Warna tulisan

Banner: Gambar banner untuk flash deal (size 1950pixel x 500pixel)

Date: Tempoh durasi flash deal

Products: Pilih product untuk flash deal dan tetapkan diskaun

Sila tonton video di bawah dan/atau rujuk pada langkah demi langkah di bawah dengan bantuan gambar untuk memudahkan sesi pembelajaran. https://youtu.be/AGDZMKwINJw

Langkah 1️ :

Sila ikuti langkah di bawah untuk menambah jenama dalam website anda.

Dashboard > Marketing > Flash Deals > Create New Flash Deals

Dalam paparan menu Dashboard, klik pada sub-menu Marketing dan Flash Deals. Seterusnya, sila klik pada butang Create New Flash Deals.

Langkah 2️:

Isi maklumat tentang flash deal anda > Save.

Untuk mendapatkan background color dalam Hexa-code, anda boleh search hexa-code color di Google Search.

contoh hexa code color #f4c430

contoh hexa code color #e2c3b8

Anda hanya boleh menetapkan jualan anda berdasarkan produk seperti di bawah.

Setelah memilih produk untuk jualan tertentu, produk yang dipilah akan dipaparkan di bahagian bawah. Anda akan melihat tambahan 3 column : Base Price, Discount dan Discount type.

Base Price : Harga retail barang seperti yang ditetapkan dalam produk listing.

Discount : Jumlah diskaun yang anda ingin tetapkan untuk jualan. (sama ada dalam bentuk ringgit atau persen).

Discount type : pilihan jenis diskaun sama ada dalam bentuk ringgit atau persen.

Langkah 3 :

Selepas maklumat jualan berjaya disimpan, ia akan muncul dalam senarai Flash Deal seperti contoh di bawah.

Last updated

Was this helpful?